Sunday, November 8, 2015

Tuan Anas Mikael di Astro Ria malam ini


Banner Tuan Anas Mikael
                           Gandingan Aaron Aziz & Zara Zya

Pelakon Tuan Anas Mikael
           Antara barisan pelakon yang menjayakan drama ini

Assalamualaikum....
Bagi para peminat dunia penulisan terutamanya para pengemar novel Tuan Anas Mikael karya penulis Syamnuriezmil pasti ternanti-nanti drama yang diadaptasi ini dari versi cetak ke lakon layar tv. Drama ini akan menemui penonton pada 9 November 2015 jam 10.00 malam di Astro Ria.

JUDUL : TUAN ANAS MIKAEL
EPISOD : 16 episod
TARIKH / MASA : 9 November 2015 (Isnin-Khamis, 10.00 malam)
SIARAN : Astro Ria 104 & Ria HD 123
PENGARAH : Raja Ahmad Alauddin
TERBITAN : Pena Creative Pictures Sdn Bhd
PELAKON : Aaron Aziz, Zara Zya, Wan Sharmila, Shah Rezza, Raja Ilya, Normah Damanhuri, Emmelia, Sarah Anne, Fazlina Ahmad Daud, Roy Azman, Jalaluddin Hassan, Ryzal Jaafar, Ziela Jalil, Daler Yusuf, Ruzana Ibrahim, Dato Chef Wan


WATAK PELAKON
Aaron Aziz sebagai Tuan Anas Mikael
Zara Zya sebagai Ayu Maisarah
Raja Ilya sebagai Safra Ariana
Wan Sharmila sebagai Miss Mikayla / Kay
Shah Rezza sebagai Pak Guard Hamid
Fazlina Ahmad Daud sebagai Cik Su
Roy Azman sebagai Dato Azhar
Emmelia sebagai Melinna
Sarah Anne sebagai Liza
Jalaluddin Hassan sebagai Tun Akhiruddin
Normah Damanhuri sebagai Tun Aminah
Ziela Jalil sebagai Puan Sri Tengku Anansa
Daler Yusuf sebagai Mika Chanarong
Ruzana Ibrahim sebagai Miss Raisya Putri / Miss Ray
Dato Chef Wan sebagai Chef Izzat


SINOPSIS TUAN ANAS MIKAEL


Mengisahkan Ayu Maisarah yang mengantikan ibunya, Cik Su sebagai tukang cuci di rumah Tuan Anas Mikael. Satu insiden di mana Ayu Maisarah tersalah cuci tangga menyebabkan Tuan Anas Mikael jatuh membuatkan Ayu Maisarah terpaksa menjadi tukang cuci kepada Tuan Anas Mikael.

Puan Sri Tengku Anansa telah memberikan Tuan Anas Mikael tempoh selama tiga bulan untuk mencari perempuan yang sempurna bagi menolak calon pilihannya, Safra Ariana, cucu Tun Akhiruddin.

Oleh kerana, setelah hampir dua bulan mencari, Tuan Anas Mikael tidak berjumpa. Dia merancang untuk menyiapkan Ayu Maisarah, anak tukang cuci rumahnya itu, sesempurna kriteria yang dia mahukan tanpa Ayu Maisarah tahu tujuan sebenarnya. Ayu Maisarah menjalani semua latihan yang disediakan. Yang Ayu Maisarah tahu, Tuan Anas Mikael sedang menyiapkan dia sebagai pengurus projek di Krabi

Di sebalik rancangan ini, Tuan Anas Mikael tidak tahu, Ayu Maisarah menyimpan rahsia besar daripadanya. Akibat daripada takut identiti sebenar Ayu Maisarah terbongkar, Ayu Maisarah telah bersetuju dengan penyamaran itu.

Namun, hal yang melibatkan hati dan perasaan bukan boleh dibuat main-main. Sewaktu dalam tempoh Ayu Maisarah menjadi kekasih Tuan Anas Mikael, Ayu Maisarah mula jatuh cinta. Takut dengan peristiwa hitam dalam keluarganya bakal berulang kembali, Ayu Maisarah menyimpan rasa cintanya terhadap Tuan Anas Mikael secara diam-diam.

Di Krabi, Tuan Anas akhirnya meluahkan rasa cinta pada Ayu. Ayu pula mentah-mentah menolak. Tapi akhirnya dia setuju juga untuk berlakon menjadi girlfriend Tuan Anas didepan mak Tuan Anas untuk mengelak daripada berkahwin dengan Safra.

Sunday, August 23, 2015

Lari Mira (TV3)




Lari Mira

Drama terbaru arahan Feroz Kader berjudul Lari Mira akan menemui penonton di slot Lestary TV3. Menampilkan gandingan pelakon kelahiran Brunei, Nina Iskandar bersama pelakon dari Indonesia iaitu Erlando Saputra dan juga Nazrief Nazri dari Malaysia. Cerita ini berdasarkan kisah benar daripada kejadian tsunami di Acheh pada tahun 2004 lalu. Dijadualkan bersiaran selepas tamatnya drama Mak Cun pada 26 Ogos ini di saluran TV3.

JUDUL : LARI MIRA
EPISOD : 13 episod
TARIKH / MASA : 26 Ogos 2015
SIARAN : Slot Lestary TV3
PENGARAH : Feroz Kader
TERBITAN : Frontrow Pictures Sdn Bhd
PELAKON :  Nina Iskandar, Erlando Saputra, Nazrief Nazri, Fazlina Ahmad Daud, Airiz Yasmin, Cut Okta, Umbu Deniro, Shinta Miranda, Erul Samah, Razma Azaela, Manan Sulaiman, Farhanna Qismina, Ieka Simon, Muhammad Riki Sapari, Kay Maria, Jasmine Ashraff

WATAK PELAKON
Nina Iskandar sebagai Mira 
Erlandho Saputra sebagai Hadi
Nazrief Nazri sebagai Yusof
Ieka Simon sebagai Jiji
Cut Okta sebagai Cut Syuhada

SINOPSIS LARI MIRA THE SERIES
Mengisahkan tentang kehidupan Mira selepas bencana tsunami di Bandar Acheh. Mira telah diselamatkan oleh Hadi untuk keluar dari kepompong jahil yang dipelopori oleh satu sindiket pemerdagangan manusia di Acheh.


Wednesday, August 19, 2015

Biodata Zahirah MacWilson Pelakon Drama Mencintaimu TV3


zarah

Biodata Zahirah MacWilson Pelakon Mencintaimu TV3
Nama Popular : Zahirah Macwilson
Nama Sebenar : Nur Zahirah Binti Zainol Johari Macwilson
Umur : 20 tahun (2015)
Asal: Kuala Lumpur
Bangsa : Kacuk Australia – Melayu
Kerjaya : Model dan Pelakon
Pendidikan: Sarjana Muda Pengurusan Sumber Manusia (Universiti Curtin, Australia)
Drama Lakonan : Tanah Kubur, Generasi Dunia Baru, Hidayahmu Ramadan, Mencintaimu, Mr London Ms Langkawi, Mencintaimu (2015)


Sumber: Biodata Zahirah MacWilson Pelakon Drama Mencintaimu TV3 | melvister.com 

Tuesday, August 18, 2015

Drama Mencintaimu Slot Akasia TV3 Hari Ini

Sinopsis Rasmi Drama Mencintaimu Slot Akasia TV3. Drama bersiri baharu bukan adaptasi Novel lakonan Sharnaaz Ahmad dan Zahirah MacWilson akan menemui penonton mulai 19 Ogos 2015 pada setiap Hari Isnin hingga khamis jam 7.00 petang menerusi Slot Akasia TV3. Berikut adalah sinopsis rasmi dan barisan pelakon Drama Mencintaimu TV3.

mencintaimu

Sinopsis Rasmi Drama Mencintaimu Slot Akasia TV3

Drama Mencintaimu mengisahkan percintaan Anissa (Zahirah MacWilson) dan Hisham Dato’ Hanafi (Sharnaaz Ahmad). Kisah pertemuan mereka bermula apabila Anissa melanjutkan pengajian disalah sebuah Institusi Pengajian Tinggi Tempatan. Hisham merupakan seorang daripada keluarga berada manakala Anissa hanyalah berasal dari keluarga yang susah. Hisham telah menyahut cabaran kawan baiknya, Helmi (Niezam Zaidi) untuk memikat hati Anissa dan permainkannya. Sebaliknya cabaran itu telah membuatkan Hisham jatuh cinta dengan Anissa dan Hisham tanpa sengaja telah merogol Anissa. Susulan insiden tersebut, Anissa telah menghilangkan diri dan menyambung pengajian di luar negara.
Selepas lima tahun kemudian, Anissa pulang ke Malaysia dan tanpa menyedari dirinya bekerja di syarikat keluarga Hisham. Pada masa yang sama, Hisham pula telah bertunang dengan Tengku Asyikin (Sarah Anne). Apakah akan terjadi selepas Anissa bertemu dengan Hisham kembali? Nantikan Drama Mencintaimu di Slot Akasia TV3 mulai 19 Ogos 2015.

Barisan Pelakon Drama Mencintaimu Slot Akasia TV3
  • Sharnaaz Ahmad sebagai Hisham
  • Zahirah Macwilson sebagai Anissa
  • Niezam Zaidi sebagai Helmi Yusof
  • Sarah Anne sebagai Tengku Asyikin
  • Sasqia Dahuri sebagai Aimi
  • Hafizul Kamal sebagai Firdaus
  • Fikhree Bakar sebagai En Muaz
  • Aleza Shadan sebagai Datin Aida
  • Musthapa Kamal sebagai Dato Hanafi
  • Nina Juren sebagai Puan Sri Mel
  • Afzan A.Rahman sebagai Dr Akmal
  • Ruzana Ibrahim sebagai Amelia



Sumber: Sinopsis Rasmi Drama Mencintaimu Slot Akasia TV3 | melvister.com 

Sunday, July 12, 2015

KERAPU SWEET SOUR

RESEPI KERAPU SWEET SOUR
Bahan-Bahannya:

● 1 ekor Ikan Kerapu (sederhana besar)
● ¼ cawan sos cili
● ½ cawan sos tomato
● 2 sudu besar sos tiram
● Serbuk kunyit
● Minyak untuk menggoreng
● 4 ulas bawang merah ditumbuk lumat
● Garam secukup rasa
● 3 ulas bawang putih ditumbuk lumat
● ½ batang lobak merah dipotong kiub
● ½ batang timun dibuang biji & potong kiub
● 1 biji tomato dibuang biji & potong kiub
● 1 potong nenas dipotong kiub
● ½ cawan air
Cara masaknya:

1. Panaskan minyak dan gorengkan ikan kerapu yang telah disapukan dengan sedikit garam dan kunyit
2. Setelah ikan masak, angkat dan ketepikan.
3. Panaskan minyak dalam kuali, dan tumis bawang merah & putih hingga naik bau.
4. Masukkan sos tomato, sos cili dan sos tiram. Gaul sebentar.
Tambah air dan masukkan lobak merah, timun, nenas & tomato.
Tambah garam secukup rasa dan biarkan kuah sedikit pekat.
Angkat dan tuangkan ke atas ikan.
Selamat mencuba

Saturday, July 11, 2015

Resepi Biskut Sarang Semut

Bahan-bahan :

250 gm butter 
100 gm gula halus 
350 gm tepung gandum.....] 
100 gm tepung jagung.......] di ayak 
1 biji kuning telur 
1 s/teh esen vanilla 

Hiasan: 

Sedikit coklat rice 
secukupnya papercup kecil 

Cara membuat: 

1. Pukul kembang butter dan gula. 
2. Masukkan kuning telur dan esen vanilla dan gaul rata. 
3. Masukkan tepung dan susu tepung yg dah diayak dan gaul rata. 
4. Parutkan adunan kedalam mangkuk kecil dan sudukan kedalam papercup. (Eryne parut gune pemarut yg sederhana tu kat atas pinggan pastu sudukan dlm papercup) 
5. Taburkan coklat rice. 
6. Bakar dalam oven dgn suhu 180’C sampai masak (anggaran 15 minit). 
7. Sejukkan dan simpan dalam bekas kedap udara.

PERBEZAAN KETAM NIPAH DAN KETAM BATU

Assalamualaikum dan selamat pagi......

Sekadar pengetahuan untuk kawan-kawan semua..saya pun baru tau...

Rendang daging cili api

Resepi Rendang daging cili api
Bahan-Bahan:-
1kg daging dipotong nipis
Segenggam cili api * (aku letak sikit je sebab anak2 x suka pedas)
2 batang serai *
1 biji bawang besar *
4 ulas bawang putih *
1 inci halia *
1 inci lengkuas *
Sedikit kunyit hidup * (* semuanya dikisar halus)
1 batang serai diketuk
1 cawan santan atau secukupnya
Kerisik secukupnya
Gula melaka atau kalau nak color kuning guna gula pasir
Garam
Air asam jawa
3 helai daun limau purut
Sedikit daun kunyit di potong halus
Cara-Cara:-
1) Rebuskan daging bersama sedikit air sehingga kering
2) Masukkan bahan-bahan kisar dan serai. Gaulkan dan kemudian masukkan air secukupnya. Kacau lagi sehingga daging hampir empuk
3) Masukkan santan, garam, gula, daun kunyit dan daun limau purut. Kacau lagi
4) Akhir sekali, masukkan air asam jawa dan kerisik. Kacau lagi gunakan api perlahan
5) Masak hingga kuah kering atau ikut selera masing2

Selamat mencuba

Tuesday, June 30, 2015

Episod Akhir Drama Dia Isteri Luar Biasa



Assalamualaikum dan Selamat Petang

Hari ni drama Dia Isteri Luar Biasa melalui slot Akasia TV3 akan melabuhkan tirainya. Pasti ramai yang menunggu kan...

LAYAN SIKIT SINOPSIS DARI NOVEL

Dia Isteri Luar Biasa mengisahkan Dewi Yusra yang berpegang teguh dengan prinsipnya. Tidak memerlukan lelaki dalam kehidupannya. Namun, Dewi Yusra menginginkan zuriatnya sendiri. Ayah kepada bakal anaknya nanti tidak mahu orang sembarangan. Mesti mempunyai gen yang hebat!

SINGLE is simple, double is trouble...
Itu moto hidup Dewi Yusra. Katanya, dia boleh hidup tanpa lelaki, lagi mudah dan tidak serabut otak. Lelaki menyusahkan, suka ambil kesempatan! Perempuan tak kahwin pun boleh ada anaklah! Bukan spesies angkat-angkat ya, yang asli datang dari rahim Dewi Yusra. Kau gila ke Dewi, ingat nak buat anak tu semudah buat nasi ayam ke? Hesy... Mesti ada jalanlah…

Dewi serius! Walau dengan apa cara pun, Dewi tetap ingin punya anak dari darah dagingnya. Anak yang akan mewarisi syarikat perniagaan Cik NAB a.k.a Nasi Ayam Bonda.
“Aku akan kahwin! Syaratnya aku nak kahwin sampai mengandung aje ya, lepas tu  aku chaw. No husband anymore. Sebelum aku sakit hati ditinggalkan, lebih baik aku blah dahulu” - DEWI YUSRA

Maka bermulalah usaha Dewi untuk mendapatkan ‘Suami Sementara­’ dari lelaki baik-baik, gen terhebat, genius dan stok sembahyang atas kapal terbang. 
“Saya Amzar... errr... Radin Amzar yang duduk sebelah you dalam flight dari Heathrow hari tu...” - RADEN AMZAR

Bagai nak tercabut jantung Dewi dengar. Lelaki edisi terhad tu hubungi dia? Macam tak percaya pun ada. Ingatkan lelaki itu akan terus hilang. Tuhan berikan Dewi peluang ke ni?
Berjayakah rancangan Dewi Yusra untuk memerangkap Dr. Radin Amzar, lelaki terpilih  sebagai ‘Suami Sementara’nya untuk seorang zuriat? Bagaimana pula rancangan Kamarul yang terlalu menyintainya? Temui jawapannya dalam DIA Isteri Luar Biasa, kisah seorang gadis yang terpaksa bangkit dari peristiwa kelam hidupnya.


Jangan lupa ikuti episod akhir daripada terbitan Pena Creative iaitu produksi milik Puan Ziela Jalil yang membariskan pelakon utamanya iaitu Fathiya Latif dan Shukri Yahya sebagai teraju utama drama ini.

Sunday, June 28, 2015

UBAT/ PENAWAR KANSER PAYU DARA DAN DOANYA.

UBAT/ PENAWAR KANSER PAYU DARA DAN DOANYA.
Diambil dari Ustaz Sarhan. Dalam Rancangan di TV9
1. Penawar diambil dari daun semalu. Kenalkan daun semalu. Kalau kecik- kecik dulu kita main dan jumpa kita sentuh. Daun ni pun tertutup. Kata Ustaz Sarhan sifat daun ini boleh mengecutkan seperti jerawat, bengkak dll.
2. Akut-akut. Atau sarang semut orang panggil. Biasa ada kita nampak kat rumah kayu dok kat atas di dinding. Ada macam tanah kalau kita lihat.
3. Air zam- zam
Cara nak buat Ubat Kanser/ Penawar ni

1. Ambil 7 tangkai/ bukan 7 helai daun ya. Di tumbuk bersama akut-akut dalam 3 jari.
2. Masukkan air zam- zam satu tutup botol.
3. Baca Surah Anbiya' ayat 83. Doa Nabi Ayub yang ditimpa sakit 40 tahun.
4. Baca Surah Al- Israk ayat 82.
Bagi kepada pesakit Kanser Payu Dara dan sapu/ tempek pada payu dara yang sakit. Suruh pesakit baca Doa Syifa'.
Buatlah pagi petang, siang malam.
Sesungguhnya Allah Jua Maha Penyembuh. Kita hanya berusaha sahaja.
Moga bermanfaat perkongsian ini. SHARE kan kepada sesiapa sahaja.

Kitaran Haid




KENAPA PERLU TAHU WAKTU SUBUR WANITA?

1. Untuk memudahkan mendapat zuriat
2. Untuk mengelakkan daripada mendapat zuriat

Kedua-duanya adalah sama penting.
Ilmu ini mungkin boleh anda sebarkan dan digunakan secara
praktikal.

JOM KITA FAHAMI KITARAN HAID WANITA

Kitaran haid ini agak kompleks dan susah sikit untuk difahami. Kitaran haid wanita berlaku setiap bulan secara puratanya ialah 28-30 hari. Tapi wanita masing-masing ada kitarannya sendiri, ada yang 25 hari ada juga yang lewat sehingga 35 hari. Tetapi secara puratanya ialah 28-30 hari.Terdapat beberapa fasa dalam kitaran haid wanita.

Hari 1-4
Ini dipanggil fasa pengeluaran haid (menstruation) - ketika ini darah haid keluar. Hari pertama period adalah penting untuk diketahui kerana ia adalah di mana fasa ini bermula. Pada hari pertama haid datang, ia perlu ditanda di kalendar dan tamat selepas beberapa hari. Sebaik-baiknya ditanda setiap bulan sekiranya anda ingin merancang untuk mengandung. Anda boleh mengagak kitaran period anda beberapa hari di dalam sebulan.

Hari 5-13
Ini dipanggil fasa follicular. Pada fasa ini, hormon estrogen meningkat. Ketika fasa follicular ini, darah akan berkumpul di dinding rahim dan menebal untuk persediaan mengandung. Di kawasan ovari pula, telur yang berada di dalam bekasnya akan menjadi semakin matang.



Saturday, June 27, 2015

✾ RESEPI BEGEDIL AYAM/DAGING ✾

✾ RESEPI BEGEDIL AYAM/DAGING ✾


Bahan-Bahannya :

● 3 biji kentang (buang kulit dan hiris)
● ¼ kg daging ayam/lembu cincang
● Lada sulah secukup rasa
● Garam secukup rasa
● 1 genggam bawang goreng
● 1 genggam daun bawang
● 1 biji telur - dipukul
● Minyak masak (untuk menggoreng)
Cara-caranya :

1. Kentang digoreng terlebih dahulu sehingga masak. Kemudian tumbuk halus kentang yang telah masak dan letakkan di dalam mangkuk.
2. Masukkan pula daging cincang ke dalam adunan kentang tadi beserta garam dan lada sulah.
3. Gaulkan adunan tadi sehingga rata dan kepalkan bulat dan leper.
4. Utk mengelakkan adunan tadi pecah semasa menggoreng, sebaik-baiknya celupkan kepalan tadi ke dalam telur dan goreng sehingga masak.
Siap dah boleh dihidangkan dan selamat mencuba....

9 Tanda Bahaya Berpuasa Ketika Hamil

Di bulan ramadhan ni ramai ibu hamil yang mengambil peluang ni untuk puasa penuh.
Ok. Sekarang nak share sikit 9 tanda bahaya berpuasa ketika hamil.
Walaubagaimana pun.. ibu2 dinasihatkan berpuasa lah dulu.. kalau tiada tanda2 ni boleh berpuasa..
Boleh dapatkan khidmat nasihat doctor anda untuk diet dan pengambilan ubatan sepanjang ramadhan..
Selamat berpuasa.. selamat hari raya
1) Pendarahan
2) Contraction pain - kalau tak cukup bulan risau tanda2 kelahiran pramatang
3) Terdapat perubahan yang ketara pada pergerakan baby. Baby kurang bergerak.
4) Berat badan tak naik pada kadar sepatutnya / kurang berat badan.
5) Anda jadi tersangat haus dan kurang kencing . Dan air kencing jadi warna gelap (kuning       pekat) dan berbau kuat. So ini tanda2 dehidrasi so high risk dapat UTI- jangkitan saluran     kencing / komplikasi lain
6) bluring of vission / headache
7) Anda mengalami keletihan / kelemahan yang melampau.
8) Loya dan mula muntah
9) Pening , pengsan, lemah , keliru / letih.. walaupun selepas rehat yang cukup. Kalau jadi       macam ni DENGAN KADAR SEGERA SILA BUKA PUASA.

Tuesday, June 23, 2015

Jamu mata esok kan dh gaji....

Salam tengahari.....

Dh nk dekat raya ni.... semua pakat nk cantik kan...jom 01 julai ni kita serbu butik AVON..ada Perfurm baru (Far Away Bella Sunset) wangi...blh la nk beli kan...banyak lagi yang menarik dalam katalog Avon ni..

Cosway pulak start esok 25 Jun...sapa yang berminat dengan barang-barang Cosway ni blh la serbu esok... 

Selamat membeli yer kawan-kawan......



Murtabak Maggi mudah dan sedap!!

Murtabak Maggi mudah dan sedap!!

Salam  semua..

Ni  nak share 1 resepi mudah sgt, murtabak megi.... 
sebelum ni dah pernah buat, tp dah lama .. 
tetiba je rasa nak makan pulak, so aku bt la untuk berbuka puasa kelmarin.. 
 jom tengok resepinya..

Murtabak Megi

Bahan-bahannya:-

** 2 1/2 bungkus megi kari

** 2 btg sosej**4 btg jejari ketam
** 1 labu bawang besar
** Sedikit daun sup / kucai
** 4 biji telurSedikit minyak

Cara penyediaan:-

1) Celur maggi dalam air yg mendidih. Sekejap saje, jangan sampai kembang. then, toskan maggi            dan letak tepi.

2) Potong dadu bawang besar dan potong sosej dan jejari ketam kecil2. Daun bawang / kucai potong       kecik2 jugak.
3) Pukul telur sehingga kembang dalam mangkuk yg sederhana besar. masukkan perencah kari (ada      2 bungkus kan) dan juga bahan2 yg dipotong tadi. kacau seketika.
4) Masukkan maggi yg telah dicelur tadi ke dalam campuran telur dan gaul rata.
5) Panaskan sedikit minyak masak dalam non-stick pan. Tuang campuran maggi tadi dalam pan.            Tekan2 sikit bagi maggi tu padat.
6) Bila maggi dah garing sikit, terbalikkan maggi tu.
7) Bila kedua2 belah dah agak garing dan x bercerai maggi tu, boleh angkat. 

Siap!! 

Boleh hidangkan dan makan bersama sos ketika panas2..
Selamat mencuba..

Monday, June 22, 2015

RESEPI KENTANG GORENG RANGGUP

BOLEH TRY NIE
RESEPI KENTANG GORENG RANGGUP
BAHAN:-
3 BIJI KENTANG
2 SUDU MAKAN CUKA
500ML AIR
SEDIKIT PERENCAH MAGGI KARI
SEDIKIT PERENCAH PASTI SEDAP KNORR
MINYAK UNTUK MENGGORENG










CARA-CARA:-
1. HIRIS KENTANG NIPIS2 MENGGUNAKAN PISAU BUAH
2. DIDIHKAN AIR BERSAMA CUKA TERLEBIH DAHULU. KEMUDIAN MASUKKAN HIRISAN KENTANG TADI. PERLAHANKAN API. RENDAM SELAMA 3 MINIT.
3. ANGKAT DAN CUCI KENTANG TERSEBUT DAN TOSKAN SEBELUM MENGGORENG.
4. PANASKAN MINYAK. GORENG DENGAN API SEDERHANA BESAR. BILA NAMPAK KEKUNINGAN, ANGKAT DAN TOSKAN .

5. TABUR SEDIKIT PERENCAH MAGGI KARI DAN PERENCAH PASTI SEDAP KNORR ATAU APA2 PERENCAH YANG ANDA SUKA.
SELAMAT MENCUBA!!!!!!!!



10 Perkara Jangan Sebut pada Isteri yang sedang HAMIL


10 Perkara Jangan Sebut pada Isteri yang sedang HAMIL
Ustaz, patutkah sy menghormati isteri sy ketika berperangai pelik waktu mengandung??"
"Isteri yg mengandung itu sedang dlm proses menerima roh di mana dah tentu2 isteri itu punyai roh, dan ada ROH BARU akan masuk pd umur 4 bulan..jd perangai isteri cthnya mcm nak tido je, pemalas, duduk lama dlm bilik air, kuat makan, etc...adalah 1 tempoh penerimaan roh baru dlm diri dia.. Tolonglah para suami faham.. dah awak yg buat isteri awak jadi begitu, jgn nak bising pulak.."
-Ustaz Azhar Idrus-

Sunday, June 21, 2015

RESEPI KERABU IKAN BILIS


RESEPI KERABU IKAN BILIS
Bahan-bahannya:
● Ikan Bilis Halus - yang telah digoreng (setengah mangkuk)
● 3 ulas bawang besar
● 6 biji limau kasturi
● Beberapa helai daun limau purut
● Kacang panjang
● 2-3 kuntum bunga kantan
● Cili padi
● 3 batang serai
● Sos ikan
● Gula
Cara-caranya :

1. Potong kesemua bahan-bahan (melainkan limau, sos ikan dan
gula) dan gaulkan
2. Potong dan perah limau kasturi yang telah dibuang biji
3. Campurkan dengan 3 sudu besar sos ikan. Tambahkan 3 sudu teh gula.
4. Gaul sehingga sebati
5. Campurkan bersama bahan-bahan yang telah dipotong.
Sedia untuk dihidang.
Selamat mencuba...

Monday, June 8, 2015

Cara Elak/Rawat Bayi Kuning (Jaundice)


Asal perkataan Jaundice

Jaundice berasal dari bahasa Perancis iaitu ‘jaune yang bermaksud kuning. 


Apakah itu Jaundice ?


Ianya melibatkan permasalahan sel darah merah manusia yang terurai menghasilkan partikel
atau komponen yang dipanggilbilirubin. Ianya tidak larut air dan akan dibawa atau dihantar ke hati(liver) untuk diubah menjadi larut air.

Setelah itu akan dikeluarkan melalui air kencing (menyebabkan air kencing berwarna kuning). 

Manakala sebahagiannya pula melalui najis melalui saluran hempedu (menyebabkan najis berwarna 

coklat kekuning-kuningan). Inilah Jaundice atau Kuning.

Sebab bayi terkena Jaundice

  • Sel darah merah bayi lemah (fetal hemoglobin)
  • Sistem hati(liver) lemah kerana belum cukup matang untuk menjalankan proses bilirubin tak larut air            kepada bilirubin yang larut air.
  • Kesan dari kelahiran menggunakan forceps (vakum)
  • Jangkitan kuman di dalam darah (sepsis)
  • Masalah ketidakserasian dengan darah ibu (Coombs Positive)
  • Masalah enzim darah rendah (G6PD)- untuk permasalahan ini sehingga ke dewasa mereka yang menghidapinya tidak boleh memakan makanan yang terkandungnya purin yang tinggi
  • Hormon tiroid yang rendah
  • Masalah hati dan hempedu 
  • Jangkitan virus rubella atau toxoplasma.

Kesan buruk sekiranya bayi Jaundice tidak terawat dengan cepatKelekaan atau kelalaian dalam 

merawat permasalahan ini, akan mendorong kepada fenomena kernicterus iaitu bilirubin yang tidak 
larut tadi menembusi lapisan otak bayi yang kurang matang, boleh menyebabkan kematian atau 
kecacatan kekal.


Rawatan biasa bayi Jaundice
  • Perawatan di hospital secara allopathy melibatkan Terapi lampu (phototherapy) danExchange Transfusion (ET) – Proses penggantian darah.
  • Ibu memakan kurma dan menelan madu 1-3 sudu setiap pagi sepanjang tempoh menyusukan bayi, keranasusu ibu adalah yang terbaik untuk merawat masalah kuning, maka pastikan susu ibu tersebut terbaik keadaannya. 
  • Titiskan 5-7 titis susu kambing ke dalam mulut bayi yang menghidapi masalah kuning tersebut (Tidak disarankan oleh doktor, Doktor akan lebih sarankan bagi susu ibu secara kerap)
  • Jika boleh, elakkan penjemuran kerana kulit bayi masih nipis dan kurang perlindungan, jika terpaksa jemur, maka dijemurkan pada waktu awal dhuha (jam 830pagi -930pagi) lebih dari waktu ini, kulit bayi sudah tidak dapat menerima kepanasan cahaya tersebut.

Cara terbaik elak dan rawat bayi Jaundice


Susu ibu adalah yang terbaik untuk merawat masalah kuningmaka pastikan susu ibu tersebut terbaik keadaannya. Untuk menjamin kualiti susu ibu, pemakanan ibu amatlah penting untuk mengelakkan bayi dari terkena Jaundice atau merawat serta mengurangkan Jaundice. Sekiranya ibu yang baru bersalin terkena sembelit, iaitu susah membuang air besar, seringkali bayi juga susah membuang air besar.
Bayi-bayi yang diberi susu ibu akan membuang air besar beberapa kali sehari dalam beberapa minggu pertama. 
Bayi baru lahir yang membuang air besar kurang daripada 4x sehari mempunyai risiko yang tinggi untuk mendapat jaundice berbanding bayi yang kerap membuang air besar. Ini kerana bilirubin, partikel yang terurai dari sel darah merah ini perlu dibuang melalui air besar dan air kecil. Sekiranya bilirubin ini tidak dibuang, maka bayi berkemungkinan besar terkena Jaundice.

    Wednesday, June 3, 2015

    BACALAH WAHAI IBU-IBU DAN BAKAL IBU-IBU SEKALIAN



    1— Jika melihat anakmu menangis, jangan buang waktu untuk mendiamkannya. Cuba tunjuk burung atau awan di atas langit agar dia melihatnya, dia akan terdiam. Kerana psikologi manusia saat menangis, adalah menunduk.
    2— Jika ingin anak-anakmu berhenti bermain, jangan berkata: "Dah, sudah main, stop sekarang!". Tapi katakan kepada mereka: "Main 5 minit lagi yaaa". Kemudian ingatkankembali:"Dua minit lagi yaaa". Kemudian barulah katakan:"Dah, waktu main sudah habis". Mereka akan berhenti bermain.
    3— Jika anak-anak sedang bertelingkah atau menyebabkan keadaan riuh di sesuatu tempat, dan engkau ingin mengalih perhatian mereka, maka katakanlah: "siapa yang mau mendengar cerita ibu? angkat tangan..". Salah seorang akan mengangkat tangan, kemudian disusul dengan anak-anak yang lain, dan semuanya akan diam.
    4— Katakan kepada anak-anak sewaktu mahu tidur:"tidur sayang.. besok pagi kan kita sholat subuh", maka perhatian mereka akan selalu ke akhirat. Jangan berkata: "Jom tidur, besok kan sekolah", akhirnya mereka tidak sholat subuh kerana perhatiannya adalah dunia.
    5— Nikmati masa kecil anak-anakmu, kerana waktu akan berlalu sangat cepat. Kenakalan dan kekanak-kanakanmereka tidak akan lama, ia akan menjadi kenangan. Bermainlah bersama mereka, tertawalah bersama mereka, berguraulah bersama mereka.
    6— Tinggalkan HP seketika, dan matikan juga TV. Jika ada teman yang menelefon urusan tak penting, katakan:"Maaf, saya sedang sibuk dengan anak-anak". Semua ini tidak menyebabkan jatuhnya wibawamu, atau hilangnya keperibadianmu.Orang yang bijaksana tahu bagaimana caramenyeimbangkan segala sesuatu dan menguasai pendidikan anak.
    Selain itu, jangan lupa berdoa dan bermohon kepada Allah. Dengarkan doa kita didepan anak-anak supaya mereka tahu betapa pentingnya mereka pada kita.

    Good Morning..

    Selamat pagi...
    Ramalan cuaca hari ini cerah di semua negeri semenanjung...
    Kpd yg memandu berhati-hati yer...

    Alhamdulillah bangun pagi ni anak-anak semakin sihat..cuma aliff je ada batuk lg..

    K..bye..nukilan di pg hari..
    Dh selamat smpi pejabat..

    Xoxo....

    Tuesday, June 2, 2015

    SAHABAT...KAWAN...RAKAN...

    Sahabat ♥♥
    Kadang - kadang sahabat yang suka belanja kita makan, bukan kerana mereka berharta tapi sebab mereka meletakkan persahabatan melebihi duit......
    Kadang - kadang sahabat yang rajin bekerja, bukan kerana mereka tunjuk pandai tapi sebab mereka memahami maksud tanggungjawab.......
    Kadang - kadang sahabat yang memohon maaf dulu selepas pergaduhan, bukan kerana mereka salah tapi sebab mereka menghargai orang di sekeliling mereka......
    Kadang - kadang yang sukarela membantu kita, bukan kerana mereka berhutang apa-apa tapi sebab mereka lihat kita sebagai seorang sahabat......
    Kadang-kadang sahabat yang selalu SMS DAN WATTSAPP anda, bukan kerana mereka tak de benda lain nak buat tapi sebab mereka INGAT PADA ANDA.......
    Satu hari, kita semua akan terpisah, kita akan terkenangkan pelbagai perbualan dan impian yang kita ada.
    Hari berganti hari, bulan, tahun, hingga hubungan ini menjadi asing........
    Satu hari anak2 kita akan jumpa gambar kita dan bertanya,
    "Siapa mereka semua tu?".....
    Dan kita tersenyum dengan air mata yang tidak kelihatan kerana hati ini terusik dengan kata yang sayu, lalu berkata,

    Sunday, May 24, 2015

    Sarapan Pagi Dgn Sandwich Sardin




    Sandwich Sardin


    Bahan-bahan : 

    Roti gardenia 
    1 tin sardin (asingkan ikan dan kuahnya & isi ikan dihancurkan) 
    1 ulas bawang besar (dipotong dadu) 
    1 ulas bawang putih (dipotong dadu) 
    1 biji cili merah (dipotong dadu) 
    1 biji limau kasturi Mayonais   
    Mentega   
    Sedikit garam Daun salad                                   
    Buah tomato (potong nipis) 
    Timun (potong nipis) 
    Sedikit minyak untuk menumis 



    Cara penyediaan : 



    1. Panaskan minyak dan tumis bawang dan cili hingga layu. 
    2. Masukkan isi ikan sedikit garam. Jika terlalu kering, masukkan 1 sudu besar kuah sardin. 
    3. Kacau hingga masak. 
    4. Perahkan limau dan gaul rata. Tutup api. Ketepikan. 
    5. Sapu permukaan roti dengan mentega. 
    6. Letakkan isi sardin diseluruh permukaan roti. 
    7. Lapiskan dengan salad, timun dan tomato. 
    8. Ambil sekeping lagi roti dan sapu permukaannya juga dengan mentega. Lapiskan dengan sapuan mayonis. 
    9. Letakkan diatas roti yang telah tersedia dengan sardin dan sayur tadi (seperti gambar di atas). 


    Sedia dihidang. 
    Sedap ! 
    Selamat mencuba. 




    Saturday, May 23, 2015

    Aliff Demam

    Assalamualaikum...

    Hari pertama bekerja....anak ku Muhammad Aliff demam...merap semalaman...cian anak mama..babah plk start oustation hari ni..3 hari 2 malam...hope adik cepat sembuh yer sayang... 





    Wednesday, May 20, 2015

    Kari Daging Makan Bersama Roti Jala

    Resepi : Kuah Kari Daging 


    Bahan-Bahan:-

    1 ½ kg daging 
    125 ml minyak 
    5 labu bawang ~ di cincang halus 
    12 ulas bawang putih ~ di cincang halus
    10 tangkai cili kering ~ di kisar
    2 kuntum bunga lawang 
    2.5 cm kulit kayu manis 
    4 biji buah pelaga ( ambil bijinya ) 
    4 tangkai daun kari 
    70 g rempah kari daging – di campur dgn 125 ml air – jadikan pes 
    1liter santan cair 
    500 ml santan pekat 
    3 biji ubi kentang besar ( di kupas dan di hiris kasar ) 
    garam secukupnya 

    Cara-Caranya:-

    1) Potong daging setebal 1 cm dan selebar 5 cm. 
    2) Panaskan minyak di dalam periuk. 
    3) Tumis bawang, bawang putih dan rempah yang lain hingga keperangan. 
    4) Masukkan daun kari dan pes kari. Masak atas api perlahan sehingga wangi. 
    5) Tuangkan sedikit santan cair ke dalamnya jika rempah melekat pada periuk. 
    6) Campurkan daging dan kacau sampai airnya agak kering. 
    7) Masukkan pula santan cair dan biar menggelegak. Kemudian tutup periuk dan renehkan selama ½ jam atau hingga daging empuk. 
    8) Masukkan pula kentang dan masak sampai empuk. 
    9) Akhir sekali masukkan garam dan santan pekat , gaul sehingga sebati. Apabila kari menggelegak semula angkat dari api.