Jaundice berasal dari bahasa Perancis iaitu ‘jaune yang bermaksud kuning.
Apakah itu Jaundice ?
Ianya melibatkan permasalahan sel darah merah manusia yang terurai menghasilkan partikel
atau komponen yang dipanggilbilirubin. Ianya tidak larut air dan akan dibawa atau dihantar ke hati(liver) untuk diubah menjadi larut air.
Setelah itu akan dikeluarkan melalui air kencing (menyebabkan air kencing berwarna kuning).
Manakala sebahagiannya pula melalui najis melalui saluran hempedu (menyebabkan najis berwarna
coklat kekuning-kuningan). Inilah Jaundice atau Kuning.
Sebab bayi terkena Jaundice
- Sel darah merah bayi lemah (fetal hemoglobin)
- Sistem hati(liver) lemah kerana belum cukup matang untuk menjalankan proses bilirubin tak larut air kepada bilirubin yang larut air.
- Kesan dari kelahiran menggunakan forceps (vakum)
- Jangkitan kuman di dalam darah (sepsis)
- Masalah ketidakserasian dengan darah ibu (Coombs Positive)
- Masalah enzim darah rendah (G6PD)- untuk permasalahan ini sehingga ke dewasa mereka yang menghidapinya tidak boleh memakan makanan yang terkandungnya purin yang tinggi
- Hormon tiroid yang rendah
- Masalah hati dan hempedu
- Jangkitan virus rubella atau toxoplasma.
Kesan buruk sekiranya bayi Jaundice tidak terawat dengan cepatKelekaan atau kelalaian dalam
merawat permasalahan ini, akan mendorong kepada fenomena kernicterus iaitu bilirubin yang tidak
larut tadi menembusi lapisan otak bayi yang kurang matang, boleh menyebabkan kematian atau
kecacatan kekal.
Rawatan biasa bayi Jaundice
- Perawatan di hospital secara allopathy melibatkan Terapi lampu (phototherapy) danExchange Transfusion (ET) – Proses penggantian darah.
- Ibu memakan kurma dan menelan madu 1-3 sudu setiap pagi sepanjang tempoh menyusukan bayi, keranasusu ibu adalah yang terbaik untuk merawat masalah kuning, maka pastikan susu ibu tersebut terbaik keadaannya.
- Titiskan 5-7 titis susu kambing ke dalam mulut bayi yang menghidapi masalah kuning tersebut (Tidak disarankan oleh doktor, Doktor akan lebih sarankan bagi susu ibu secara kerap)
- Jika boleh, elakkan penjemuran kerana kulit bayi masih nipis dan kurang perlindungan, jika terpaksa jemur, maka dijemurkan pada waktu awal dhuha (jam 830pagi -930pagi) lebih dari waktu ini, kulit bayi sudah tidak dapat menerima kepanasan cahaya tersebut.
Cara terbaik elak dan rawat bayi Jaundice
Susu ibu adalah yang terbaik untuk merawat masalah kuning, maka pastikan susu ibu tersebut terbaik keadaannya. Untuk menjamin kualiti susu ibu, pemakanan ibu amatlah penting untuk mengelakkan bayi dari terkena Jaundice atau merawat serta mengurangkan Jaundice. Sekiranya ibu yang baru bersalin terkena sembelit, iaitu susah membuang air besar, seringkali bayi juga susah membuang air besar.
Bayi-bayi yang diberi susu ibu akan membuang air besar beberapa kali sehari dalam beberapa minggu pertama.
Bayi baru lahir yang membuang air besar kurang daripada 4x sehari mempunyai risiko yang tinggi untuk mendapat jaundice berbanding bayi yang kerap membuang air besar. Ini kerana bilirubin, partikel yang terurai dari sel darah merah ini perlu dibuang melalui air besar dan air kecil. Sekiranya bilirubin ini tidak dibuang, maka bayi berkemungkinan besar terkena Jaundice.
No comments:
Post a Comment