Sunday, May 24, 2015

Sarapan Pagi Dgn Sandwich Sardin




Sandwich Sardin


Bahan-bahan : 

Roti gardenia 
1 tin sardin (asingkan ikan dan kuahnya & isi ikan dihancurkan) 
1 ulas bawang besar (dipotong dadu) 
1 ulas bawang putih (dipotong dadu) 
1 biji cili merah (dipotong dadu) 
1 biji limau kasturi Mayonais   
Mentega   
Sedikit garam Daun salad                                   
Buah tomato (potong nipis) 
Timun (potong nipis) 
Sedikit minyak untuk menumis 



Cara penyediaan : 



1. Panaskan minyak dan tumis bawang dan cili hingga layu. 
2. Masukkan isi ikan sedikit garam. Jika terlalu kering, masukkan 1 sudu besar kuah sardin. 
3. Kacau hingga masak. 
4. Perahkan limau dan gaul rata. Tutup api. Ketepikan. 
5. Sapu permukaan roti dengan mentega. 
6. Letakkan isi sardin diseluruh permukaan roti. 
7. Lapiskan dengan salad, timun dan tomato. 
8. Ambil sekeping lagi roti dan sapu permukaannya juga dengan mentega. Lapiskan dengan sapuan mayonis. 
9. Letakkan diatas roti yang telah tersedia dengan sardin dan sayur tadi (seperti gambar di atas). 


Sedia dihidang. 
Sedap ! 
Selamat mencuba. 




Saturday, May 23, 2015

Aliff Demam

Assalamualaikum...

Hari pertama bekerja....anak ku Muhammad Aliff demam...merap semalaman...cian anak mama..babah plk start oustation hari ni..3 hari 2 malam...hope adik cepat sembuh yer sayang... 





Wednesday, May 20, 2015

Kari Daging Makan Bersama Roti Jala

Resepi : Kuah Kari Daging 


Bahan-Bahan:-

1 ½ kg daging 
125 ml minyak 
5 labu bawang ~ di cincang halus 
12 ulas bawang putih ~ di cincang halus
10 tangkai cili kering ~ di kisar
2 kuntum bunga lawang 
2.5 cm kulit kayu manis 
4 biji buah pelaga ( ambil bijinya ) 
4 tangkai daun kari 
70 g rempah kari daging – di campur dgn 125 ml air – jadikan pes 
1liter santan cair 
500 ml santan pekat 
3 biji ubi kentang besar ( di kupas dan di hiris kasar ) 
garam secukupnya 

Cara-Caranya:-

1) Potong daging setebal 1 cm dan selebar 5 cm. 
2) Panaskan minyak di dalam periuk. 
3) Tumis bawang, bawang putih dan rempah yang lain hingga keperangan. 
4) Masukkan daun kari dan pes kari. Masak atas api perlahan sehingga wangi. 
5) Tuangkan sedikit santan cair ke dalamnya jika rempah melekat pada periuk. 
6) Campurkan daging dan kacau sampai airnya agak kering. 
7) Masukkan pula santan cair dan biar menggelegak. Kemudian tutup periuk dan renehkan selama ½ jam atau hingga daging empuk. 
8) Masukkan pula kentang dan masak sampai empuk. 
9) Akhir sekali masukkan garam dan santan pekat , gaul sehingga sebati. Apabila kari menggelegak semula angkat dari api. 



Monday, May 18, 2015

Mutiara Kata Hikmah Dan Kata-Kata Semangat

Mutiara Kata Hikmah Dan Kata-Kata Semangat | Kita manusia tidak pernah lari dari masalah sama ada kecil mahupun besar. Walau bagaimanapaun setiap masalah itu ada penyelesaiannya. Pelbagai cara yang boleh diusahakan bagi menyelesaikan masalah mengikut kemampuan masing-masing. Namun ada yang tidak tau bahawa dengan kata-kata juga mungkin dapat menyelesaikan sedikit sebanyak masalah dan juga dapat mengurangkan kekusutan anda.
Jadi di kongsikan 101 Kata-kata himah, mutiara kata dan juga kata-kata semangat bagi membangkitkan semangat dan motivasi anda untuk menempuhi cabaran dan dugaan mendatang.
1. Jangan sekali-kali kita meremehkan sesuatu perbuatan baik walaupun hanya sekadar senyuman.
2. Dunia ini umpama lautan yg luas. Kita adalah kapal yang belayar di lautan telah ramai kapal karam didalamnya.. andai muatan kita adalah iman, dan layarnya takwa, nescaya kita akan selamat dari tersesat di lautan hidup ini.
3. Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan.
4. Setiap yang kita lakukan biarlah jujur kerana kejujuran itu telalu penting dalam sebuah kehidupan. Tanpa kejujuran hidup sentiasa menjadi mainan orang.
5. Hati yg terluka umpama besi bengkok walau diketuk sukar kembali kepada bentuk asalnya.
6. Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi. Dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa. Dalam kesempitan hidup ada kekuasaan ilmu.
Mutiara Kata, Hikmah, Kata-Kata Semangat
7. Ikhlaslah menjadi diri sendiri agar hidup penuh dengan ketenangan dan keamanan. Hidup tanpa pegangan ibarat buih-buih sabun. Bila-bila masa ia akan pecah.
8. Kegagalan dalam kemuliaan lebih baik daripada kejayaan dalam kehinaan. Memberi sedikit dengan ikhlas pula lebih mulia dari memberi dengan banyak tapi diiringi dengan riak.
9. Tidak ada insan suci yang tidak mempunyai masa lampau dan tidak ada insan yang berdosa yang tidak mempunyai masa depan.
10. Kata-kata yang lembut dapat melembutkan hati yang lebih keras dari batu. Tetapi kata-kata yang kasar dapat mengasarkan hati yang lunak seperti sutera.
11. Lidah yang panjangnya tiga inci boleh membunuh manusia yang tingginya enam kaki.
12. Agama tidak pernah mengecewakan manusia. Tetapi manusia yang selalu mengecewakan agama.
13. Nafsu mengatakan perempuan itu cantik atas dasar rupanya. Akal mengatakan perempuan itu cantik atas dasar ilmu dan kepintarannya. Dan hati mengatakan perempuan itu cantik atas dasar akhlaknya.
14. Keikhlasan itu umpama seekor semut hitam di atas batu yang hitam di malam yang amat kelam. Ianya wujud tapi amat sukar dilihat.
15. Hidup memerlukan pengorbananan. Pengorbanan memerlukan perjuangan. Perjuangan memerlukan ketabahan. Ketabahan memerlukan keyakinan. Keyakinan pula menentukan kejayaan. Kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan.
Mutiara Kata, Hikmah, Kata-Kata Semangat
16. Seseorang yang bijak melahirkan kata-kata selalunya disanjung sehingga ia mula bercakap kosong.
17. Harta akan habis digunakan tanpa ilmu tetapi sebaliknya ilmu akan berkembang jika ianya digunakan.
18. Kekayaan bukanlah satu dosa dan kecantikan bukanlah satu kesalahan. Oleh itu jika anda memiliki kedua-duanya janganlah anda lupa pada Yang Maha Berkuasa.
19. Sahabat yang tidak jujur ibarat dapur yang berhampiran. Jikalau pun kamu tidak terkena jelaganya sudah pasti akan terkena asapnya.
20. Mengapa manusia gemar mencetuskan pertelingkahan sedangkan manusia itu sendiri dilahirkan dari sebuah kemesraan.


Roti Jala minum Petang



Roti Jala


Bahan bahan:
3 cawan tepung gandum
2 1/2 sudu besar minyak masak
1 sudu kecil garam
1 biji telur
3 cawan air/santan/susu segar (saya guna air dicampur sedikit santan)
Sedikit pewarna kuning

Cara-cara:

Blendkan semua bahan di atas hingga sebati. Kalau nak tahu adunan dah boleh dijala atau belum, cuba masukkan sesenduk ke dalam acuan. Kalau keluarnya tak putus-putus maknanya dah boleh di jala menggunakan kuali non stick. Kuali biasa pun boleh asal tak melekat. Kalau pekat tambah air lagi sehingga boleh dijala.

Lepas jala atas kuali biarkan dalam beberapa saat. Kalau dah masak tak payah dibalik terus aje di angkat dan digulung.

Bila dah siap bolehlah dimakan dengan kuah ayam masak .Sesuai untuk open house sebab walaupun sampai ke petang roti jala tu tetap lembut seperti baru dimasak. Cubalah.